Sewa Khemah Kanopi Malaysia

Khemah Kanopi adalah antara unsur yang sangat penting dalam sesebuah Majlis tidak kira Majlis Rasmi atau tidak rasmi terutamanya Majlis yang diadakan di tempat yang terbuka. Sewa Khemah Kanopi merupakan keputusan yang bijak kerana, kanopi itu bukannya murah jika anda ingin beli, dan kanopi itu juga susah untuk disimpan jika tidak ada tempat ruangan. Syarikat kami dapat membekalkan Khemah Kanopi yang berkualiti dan selamat dengan harga yang berpatutan.

Perkhidmatan sewa khemah atau kanopi adalah satu perkhidmatan yang sangat praktikal, popular dan mendapat permintaan yang sangat tinggi. Jika dibandingkan dengan harga tempahan dewan yang semakin mahal, penyewaan khemah dan kanopi adalah pilihan yang terbaik kerana bukan sahaja ianya lebih menguntungkan anda tetapi anda juga akan mengalami pengalaman majlis yang lebih unik dan mengikut citarasa anda sepenuhnya.Dengan pelbagai pilihan jenis khemah dan kanopi yang moden dan menarik pada masa kini seperti Arabian, Piramid, Transparent dan A-Shape, orang ramai cenderung untuk mendapatkan perkhidmatan sewa khemah dan kanopi untuk penganjuran sesebuah majlis. Pelbagai pakej yang bermula dari pakej ekonomi hinggalah pakej grand turut ditawarkan mengikut kesesuaian dan bajet pelanggan.

Di Malaysia, permintaan sewa khemah atau kanopi amat memberangsangkan apatah lagi semasa musim-musim perkahwinan. Bukan itu sahaja, majlis-majlis keraian lain seperti hari jadi, pertunangan, cukur jambul, sambutan hari raya anjuran persendirian atau korporat juga turut menggunakan perkhidmatan ini.

Selain daripada majlis-majlis keraian seperti di atas, ekspo-eskpo anjuran kerajaan mahupun badan bukan kerajaan juga seringkali menggunakan khidmat khemah dan kanopi dalam kuantiti yang banyak.Pernahkah anda mengalami situasi di mana ketika perkhidmatan sewa khemah atau kanopi amat diperlukan tetapi anda gagal mendapatkan syarikat yang dapat membekalkan khemah dan kanopi sewa kepada anda? Ini menunjukkan bahawa khemah dan kanopi adalah sesuatu faktor yang penting dan harus ada dalam penganjuran sesebuah majlis. Seringkali kita mendengar rungutan bahawa tiada khemah atau kanopi ketika diperlukan terutama sekali semasa perayaan besar seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Natal dan musim perkahwinan. Tempahan berbayar dicadangkan untuk dibuat dua hingga tiga bulan lebih awal dari tarikh sebenar majlis daripada syarikat perkhidmatan sewa khemah dan kanopi.Pada masa kini, syarikat-syarikat perkhidmatan sewa khemah dan kanopi berlumba-lumba dan sanggup menawarkan pakej-pakej istimewa seperti hiasan atau gubahan dan warna mengikut tema dan kesesuaian majlis. Sebut sahaja jenis majlis dan warna tema yang dikehendaki, syarikat pembekal khemah dan kanopi pasti tidak akan menghampakan permintaan anda. Walaupun harga yang ditawarkan agak tinggi, anda selaku pelanggan akan amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Tenaga-tenaga pakar yang terdapat dalam syarikat-syarikat ini sentiasa memastikan khemah atau kanopi yang sediakan berada dalam keadaan yang bersih dan selamat sebelum dihantar kepada pelanggan. Sebarang masalah atau kerosakan yang terdapat pada khemah/kanopi akan diperiksa, diperbaiki dan ditukar dengan segera bagi mengelakkan sebarang isu keselamatan semasa majlis berlangsung. Keselamatan dan kepuasan pelanggan adalah tanggungjawab dan  keutamaan yang dijanjikan kepada para pelanggan.

Pembekal perkhidmatan sewa khemah dan kanopi amat profesional dan sangat mengambil kira faktor-faktor lain yang penting dan berkaitan dengan keselesaan pelanggan. Seperti contoh, khemah dan kanopi yang dipasang dengan longkang hujan (gutter), kipas wap (mist fan), kipas siling, lampu serta pelbagai lagi item lain yang boleh menjamin keselesaan dan keselamatan anda sebagai pelanggan. Selain daripada kelengkapan  yang disebut tadi, kebanyakan syarikat perkhidmatan sewa khemah dan kanopi pada masa kini turut menyediakan pakej perkhidmatan lain seperti peralatan kerusi, meja buffet, meja banquet, alat pembesar suara dan juga katering. Bagi pelanggan yang memilih untuk mendapatkan perkhidmatan penuh daripada syarikat-syarikat pembekal yang menawarkan pakej penuh seperti ini pula memang amat memudahkan para pelanggan. Jika anda sanggup mengeluarkan kos yang berpatutan anda pasti akan mendapati bahawa ini amat memudahkan anda. And juga dapat meluangkan lebih masa kepada para tetamu dan jemputan yang hadir ke majlis anda.

Sebagai kesimpulan, mendapatkan perkhidmatan sewa khemah dan kanopi untuk penganjuran sesebuah majlis adalah amat praktikal pada masa kini. Dengan kos yang berpatutan, anda akan mendapat perkhidmatan yang memenuhi kehendak anda dan keperluan majlis anda.

Sewa Parasol & Set Perabot Kaju Garden

7 + 11 =

Hubungi Kami Sekarang

Hubungi

Call / Whatsapp 017-591 5100
admin@sewakhemahkanopi.com

Waktu Kerja

Isnin - Jumaat: 9am - 1030pm
Sabtu - Ahad: 10am - 1030pm

Sebut Harga

Staf kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Terima Kasih.

5 + 5 =