Sewa Meja Kopi

Sewa meja kopi (coffee table) yang cantik dan formal untuk keperluan acara-acara rasmi bersama dengan set sofa.

Sewaan Meja Sisi / Meja Sofa VIP Malaysia

Meja kopi boleh menjadikan sesuatu ruang tempat duduk sofa VIP lengkap dan sempurna. Meja sofa kami biasa disusunkan di depan atau di tepi sebagai meja sisi sampingan (side table) set sofa. Ia biasa disewa untuk majlis rasmi kerajaan, korporat atau komersial bersama dengan sofa VIP kami. Meja kopi boleh dihiasi dengan kain alas meja, bunga atau barangan hiasan yang menyenangkan untuk tetamu-tetamu VIP anda, ia akan menjadi tumpuan dan titik fokus set sofa yang amat menarik.

Meja sisi sofa sering digunakan untuk menyajikan minuman kopi dan teh atau menghidangkan makanan ringan seperti kek dan kuih muih bagi para tetamu VIP yang dihargai. Ia juga boleh dijadikan sebagai tempat yang sesuai untuk tetamu anda meletakkan barangan peribadi mereka seperti telefon pintar, komputer tablet, ipad atau pc laptop.

Selain itu, meja kopi sofa ini juga boleh berfungsi untuk memaparkan atau menempatkan barangan-barangan yang berkaitan dengan tema majlis seperti risalah pemasaran, buku profil, majalah, katalog syarikat atau infografik supaya berdekatan dengan tetamu yang dijemput. Ini akan menarik perhatian dan memudahkan tetamu anda mengakses dan membaca maklumat-maklumat tersebut.

Jenis Meja Kopi: Kaca & Keluli Tahan Karat (Stainless Steel), Kayu
Saiz Meja Sofa: 2×2 kaki, 2×4 kaki

Kelebihan-kelebihan meja kopi acara yang dinyatakan di atas dapat memberikan keindahan, keselesaan dan kemudahan kepada pengguna-pengguna sofa semasa mereka menunggu atau berehat di sesebuah majlis yang disertai. Reka bentuk meja kopi kami anggun dan kemas. Ia adalah perabot sewaan ruang rehat lounge yang amat bergaya dan istimewa bersama dengan set sofa VIP dan sofa ottoman.

Hubungi Kami Sekarang! Hantaran Seluruh Semenanjung Malaysia!

Hubungi

Call / Whatsapp 017-591 5100
admin@sewakhemahkanopi.com

Waktu Kerja

Isnin - Jumaat: 9am - 1030pm
Sabtu - Ahad: 10am - 1030pm

Sebut Harga

Staf kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Terima Kasih.

8 + 3 =