Sewa Khemah Modular

Khemah modular aircond ini amat sesuai disewa sebagai lounge VIP, pejabat tapak korporat atau galeri jualan.

Sewaan Kanopi Bertutup VIP / Pejabat Malaysia

Khemah modular ini berserupa sebuah khemah arabian yang bersaiz 20 kaki x 20 kaki, ia akan dipasang dan ditutup sepenuhnya dengan dinding panel papan/kaca, dan pintu masuk aluminium. Biasanya khemah modular ini akan dilengkapi bersama aksesori-aksesori lain seperti sistem pengudaraan aircond (penghawa dingin), lantai platform, karpet, kain hiasan underlayer siling, lampu pendarfluor. Anda juga boleh padankan perabot-perabot pilihan anda mengikut keperluan tetapan kegunaan.

Khemah bertutup ini sering disewakan untuk kegunaan sebagai ruang lounge VIP di sesebuah majlis rasmi, ataupun sebagai pejabat tapak sementara (site office) untuk kerani-kerani bekerja dan bermesyuarat. Ia juga boleh dijadikan galeri mudah alih untuk memaparkan produk pameran ataupun bagi jualan kereta mewah atau projek hartanah. Selain disewa untuk mengadakan acara-acara, kenduri atau perkahwinan mewah, kanopi modular ini juga disediakan untuk kegunaan komersial atau kerajaan seperti pelancaran projek pembinaan dan pilihan raya umum ataupun sebagai khemah bilik artis atau bilik menukar pakaian (changing room) bagi persembahan pentas.

Perabot yang biasa diperlukan untuk khemah modular jika disediakan sebagai:
– Lounge VIP / Bilik Artis: set sofa, ottoman, meja kopi, meja perbincangan, kerusi berlengan
– Pejabat Tapak / Persidangan: meja panjang, meja petak, kerusi plastik, kerusi banquet
– Galeri Jualan / Bilik Pameran: meja bar, kerusi bar, queue pole, tiang poster, latar backdrop
– Majlis / Perkahwinan Mewah: meja bufet, meja bulat, kerusi chiavari, tirai langsir, candelier

Khemah bertutup ini boleh disewa sebagai unit tunggal ataupun disambungkan menjadi beberapa unit. Khemah ini selesa kerana ia adalah kanopi yang bertutup dan berhawa dingin. Bumbungnya kanvas warna putih berbentuk khemah arab, ia adalah antara jenis yang paling sesuai dijadikan sebagai khemah aircond, tetapi harga sewa khemah modular aircond ini agak tinggi. Jika anda memerlukan khemah aircond yang kos lebih rendah, anda boleh menggantikan dinding panel papan atau kaca kepada dinding sisi berjenis kanvas. Sehubungan dengan itu, kami juga menyewakan khemah-khemah jenis lain seperti, kanopi piramid, kanopi marquee, kanopi halfmoon, kanopi dome dan payung parasol.

Hubungi Kami Sekarang! Hantaran Seluruh Semenanjung Malaysia!

Hubungi

Call / Whatsapp 017-591 5100
admin@sewakhemahkanopi.com

Waktu Kerja

Isnin - Jumaat: 9am - 1030pm
Sabtu - Ahad: 10am - 1030pm

Sebut Harga

Staf kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Terima Kasih.

8 + 5 =