Sewa Khemah Piramid

Atap Khemah Piramid ini berbentuk Piramid Mesir (Egypt). Sesuai untuk semua jenis acara, harga sewa berpatutan.

Sewaan Kanopi Piramid Malaysia

Reka bentuk khemah piramid ini kelihatan ringkas dan kemas, harga sewanya kos efektif. Antara kelebihannya adalah seperti serbaguna, mudah alih dan senang dipasang. Khemah ini adalah jenis kanopi yang paling digemari orang ramai dan biasa disewa untuk pelbagai jenis kegunaan termasuk majlis-majlis rasmi, kenduri nikah, gerai di bazar, acara komersial dan pameran. Ciri-ciri tahan lasak khemah ini juga membolehkannya digunakan dalam jangka masa yang panjang untuk kegunaan perniagaan ataupun sebagai tapak penyimpanan stok perindustrian buat sementara.

Khemah piramid ini juga amat sesuai disewa untuk majlis perkahwinan, pelancaran projek, pilihan raya atau majlis-majlis lain yang memerlukan jumlah khemah yang banyak. Dengan harga yang berpatutan, anda boleh dapatkan sewaan kanopi piramid dilengkapi dengan perhiasan yang cantik seperti kain scallop dan legging. Khemah piramid ini juga sering dijadikan alternatif yang lebih murah berbanding dengan khemah arabian (high top).

Saiz Khemah Piramid: 16×20 Kaki dan 20×20 Kaki

Warna Kanvas Khemah Piramid: Putih, Merah-Putih

Kami juga membekalkan khemah jenis yang lain untuk disewa seperti: khemah marquee, khemah arabian, khemah halfmoon, khemah modular, khemah dome dan khemah lipat payung. Mengenai sewaan perabot atau peralatan acara, sila kunjungi koleksi sewaan meja dan koleksi sewaan kerusi untuk berpasangan dengan khemah pilihan anda.

Hubungi Kami Sekarang! Hantaran Seluruh Semenanjung Malaysia!

Hubungi

Call / Whatsapp 017-591 5100
admin@sewakhemahkanopi.com

Waktu Kerja

Isnin - Jumaat: 9am - 1030pm
Sabtu - Ahad: 10am - 1030pm

Sebut Harga

Staf kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Terima Kasih.

1 + 12 =