Sewa Meja Bar

Meja bar juga dikenali sebagai meja tinggi, meja koktel ataupun bar table, cocktail table dalam bahasa Inggeris.

Pembekal Sewaan Meja Tinggi Koktel Malaysia

Meja tinggi koktel ini biasa disewa untuk acara-acara resepsi komersial atau majlis-majlis rasmi untuk tetamu anda berbual, bersosial, membuat perbincangan atau menjalankan promosi jualan yang lebih kasual. Susun atur meja bar ini tidak mengambil ruang yang besar, para tetamu boleh bergerak di sekitar dengan mudah dan bebas. Ia sering diguna pakai di tempat-tempat seperti: pusat konvensyen, dewan pameran, lobi hotel, kompleks membeli-belah, galeri jualan kereta atau hartanah.

Meja tinggi juga boleh disediakan dalam beberapa unit sebagai satu tapak bagi tetamu anda berehat and menunggu sebelum permulaan sesebuah majlis. Meja koktel ini amat menarik untuk kegunaan tetamu-tetamu menikmati minuman & makanan jari sambil membuat perbincangan kecil di majlis parti persendirian atau acara komersial contohnya: majlis pelancaran, perasmian, persidangan, pameran, ekspo, seminar dan perkahwinan.

Saiz Meja Bar: 2 kaki (diameter) x 3.7 kaki (ketinggian)

Jenis Meja Bar: Aluminium, Panel Kayu dengan Struktur Kaki Keluli

Alas Meja Bar (Pelbagai Warna): Kain Spandex, Kain Panjang Penuh, Kain Damask

Meja bar kain spandex ini kelihatan kemas dan ringkas, alas meja kain panjang penuh biasa ini lembut dan romantik, manakala alas meja koktel kain damask rasa lebih mewah dan indah. Selepas meja bar dibalut dengan kain alas meja, pilihlah warna hiasan reben yang sesuai untuk tema acara anda.

Selain meja bar klasik ini yang dihiasi dengan fabrik, kami juga membekalkan penyewaan meja bar jenis LED. Perabot dan peralatan yang biasa disewa sekali dengan meja koktel ini adalah kerusi bar, meja buffet, gerai makanan, lantai platform berkarpet, penyejuk udara, khemah arabian dll.

Hubungi Kami Sekarang! Hantaran Seluruh Semenanjung Malaysia!

Hubungi

Call / Whatsapp 017-591 5100
admin@sewakhemahkanopi.com

Waktu Kerja

Isnin - Jumaat: 9am - 1030pm
Sabtu - Ahad: 10am - 1030pm

Sebut Harga

Staf kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Terima Kasih.

7 + 9 =