Sewa Meja Bar LED

Meja bar berlampu LED dapat memberi kesan visual yang menarik dan mengagumkan bagi acara masa waktu malam.

Sewaan Meja Tinggi Koktel LED Malaysia

Meja koktail jenis LED ini paling biasa disewa untuk majlis-majlis yang diadakan pada masa waktu petang atau malam. Bentuknya sungguh cantik dan berfesyen. Pencahayaan meja LED ini boleh menyala sesuatu suasana yang gelap dengan bergaya dan menjadikan persekitaran tempat tersebut mewah dan menyeronokkan.

Meja Bar LED ini adalah perabot yang trending untuk acara-acara komersial atau persendirian di seluruh Malaysia terutamanya di kawasan PJ Selangor dan Kuala Lumpur. Ia amat digemari anak-anak muda terkini kerana reka bentuknya moden kontemporari apatah lagi bersama dengan warna-warna berlainan lampu LED yang terang, meriah dan bersemangat.

Sewaan meja koktel tinggi LED ini sering disediakan di tempat luar contohnya kawasan bar dan koktel, tepi pantai, tepi kolam, lounge hotel, taman rekreasi atau esplanade. Meja LED ini sangat sesuai untuk disewa bagi pesta, acara atau hiburan malam bertema warna neon, ia mampu mencipta personaliti suasana yang agak aktif, giat dan cergas. Ini boleh memudahkan tetamu-tetamu anda bersosial, bersantai sambil menjamu selera makanan ringan, pencuci mulut atau minuman pelbagai jenis.

Saiz: 590mm (∅) x 1100mm (H)
Bahan Produk: Polyethylene
Pilihan Warna LED: 16 Warna
Masa Pengecasan: 3 Jam
Masa Penggunaan: 4 Jam

Selain meja bar LED, kami juga membekalkan meja bar klasik jenis hiasan kain untuk disewa. Sudah tentu harga sewaan meja bar LED adalah lebih mahal berbanding dengan meja bar biasa, tetapi anda mesti akan berasa berbaloi. Kerusi bar tinggi juga biasa disewa bersama dengan meja bar mengikut keperluan acara anda. Kami juga menyewakan perabot dan peralatan yang berkaitan seperti: meja banquet, kerusi chiavari, kipas kabus, penyejuk udara, penghawa dingin atau lantai platform berkarpet untuk keindahan tempat acara.

Hubungi Kami Sekarang! Hantaran Seluruh Semenanjung Malaysia!

Hubungi

Call / Whatsapp 017-591 5100
admin@sewakhemahkanopi.com

Waktu Kerja

Isnin - Jumaat: 9am - 1030pm
Sabtu - Ahad: 10am - 1030pm

Sebut Harga

Staf kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Terima Kasih.

8 + 8 =