Sewa Kanopi Transparent

Khemah transparent ini cantik, telus dan anggun. Sesuai disewa untuk perkahwinan, pesta atau acara komersial.

Sewaan Khemah Transparent Malaysia

Khemah transparent juga dikenali sebagai kanopi lutsinar, ia boleh didapati dalam pelbagai jenis khemah yang berbumbung kanvas transparent jelas. Kanopi transparent ini amat sesuai disewa untuk acara-acara outdoor, kanvasnya yang telus membenarkan pemandangan luar dan langit yang tidak terhalang, ianya akan mencipta ilusi di mana ketinggian siling dan ruangnya nampak lebih besar, luas, tinggi dan terang. Ini dapat memberi keselesaan supaya tetamu tidak terasa berada di suatu tempat yang terkurung.

Syarikat kami menawarkan beberapa jenis khemah lutsinar untuk pilihan anda. Berikut adalah jenis & saiz khemah transparent yang tersedia:
Khemah Arabian (kaki) – 10×10, 10×20, 16×20, 20×20
Khemah Halfmoon (kaki) – 20×20, 20×30, 20×40
Khemah Dome Geodesik (meter) – ⌀6, ⌀10, ⌀15, ⌀25, ⌀30, ⌀40
Khemah Marquee (meter) – 5×6, 5×10, 5×12, 5×15, 5×20, 5×25, 5×30, 5×40

Sewaan kanopi transparent kami sesuai untuk majlis-majlis buat masa waktu malam yang berbintang, ia dapat memudahkan tetamu anda menikmati kecantikan sinaran beribu-ribu bintang dan cahaya bulan sambil menjamu selera. Selain pemandangan indah tanpa halangan, kelihatan aktiviti hiburan di luar khemah contohnya persembahan tarian, nyanyian, muzik ataupun pertunjukan bunga api juga mestilah menjadi sesuatu pengalaman yang seronok dan memuaskan bagi anda dan keluarga. Biasanya, khemah lutsinar ini akan dipesan dengan pencahayaan yang bergaya seperti chandelier, fairy light atau sharpy moving head lighting, juga dihiasi dengan kain under linen, scallop dan legging berwarna yang anggun.

Oleh yang demikian, khemah transparent ini selalunya dipasang dengan mewah dan menarik perhatian di kediaman rumah bunglo, galeri jualan, tepi pantai, tepi tasik, tepi kolam renang hotel, padang golf, dataran terbuka atau taman rekreasi untuk acara-acara yang istimewa seperti perkahwinan, kenduri rumah terbuka sempena musim perayaan, majlis rasmi korporat, majlis pelancaran komersial, pameran perdagangan atau sebagai teduh yang sungguh indah bagi pentas persembahan.

Kebanyakannya, khemah lutsinar ini disewa untuk melindungi tetamu acara anda daripada hujan tiba-tiba yang tidak dapat dijangka. Walau bagaimanapun, khemah telus ini tidak sesuai digunakan di bawah matahari yang terik terutamanya pada masa waktu petang, kecuali ia diteduhkan oleh pokok-pokok sekeliling. Jika tidak, tetamu anda akan terasa tidak selesa di bawah cuaca yang panas. Sebagai alternatif untuk mengelakkan situasi begini, anda boleh menambah sistem pengudaraan seperti penghawa dingin, penyejuk udara atau kipas berdiri industri untuk menyejukkan tempat acara tersebut. Kami juga membekalkan perabot dan peralatan yang berkaitan seperti lantai platform, karpet, sofa, meja, kerusi dan lain-lain.

Hubungi Kami Sekarang! Hantaran Seluruh Semenanjung Malaysia!

Hubungi

Call / Whatsapp 017-591 5100
admin@sewakhemahkanopi.com

Waktu Kerja

Isnin - Jumaat: 9am - 1030pm
Sabtu - Ahad: 10am - 1030pm

Sebut Harga

Staf kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Terima Kasih.

7 + 9 =