Sewa Khemah Arabian

Kanopi arabian juga dikenali sebagai khemah ‘high top’ arab. Amat sesuai untuk kegunaan semua jenis majlis.

Pembekal Sewaan Kanopi Arabian Malaysia

Sewaan khemah arabian adalah pilihan yang paling terkenal antara pelbagai jenis kanopi yang ditawarkan di seluruh Malaysia. Bentuknya amat cantik, jika dilengkapi dengan kain scallop serta pelengkap yang lain, kanopi ini akan menjadikan majlis anda sempurna. Kanopi arabian ini adalah serbaguna untuk kegunaan persendirian, majlis perkahwinan, acara komersial, pemberian vaksinasi, pejabat tapak, perlindungan kecemasan/sementara, projek pembinaan atau storan perindustrian dan lain-lain.

Berikut adalah saiz khemah arabian tersedia: 10×10 kaki, 10×20 kaki, 16×20 kaki dan 20×20 kaki. Khemah arabian 10×10 dan 10×20 biasa digunakan sebagai perlindungan gerai-gerai jualan komersial, bazar atau pameran. Manakala, kanopi arab 16×20 biasa disewa untuk rumah kediaman yang bersaiz 16 kaki lebar. Khemah arabian 20×20 kaki adalah saiz yang paling banyak disewa untuk pelbagai keperluan acara.

Warna kanvas khemah arabian: putih, merah-putih, merah, transparent (lutsinar)

Selain kanopi arabian, anda juga boleh menyewa khemah-khemah seperti khemah piramid, khemah marquee, khemah halfmoon, khemah dome, khemah modular dan khemah payung berlipat untuk acara-acara anda. Kami juga membekalkan berbagai-bagai jenis peralatan, penyejuk udara, meja dan kerusi untuk disewa.

Hubungi Kami Sekarang! Hantaran Seluruh Semenanjung Malaysia!

Hubungi

Call / Whatsapp 017-591 5100
admin@sewakhemahkanopi.com

Waktu Kerja

Isnin - Jumaat: 9am - 1030pm
Sabtu - Ahad: 10am - 1030pm

Sebut Harga

Staf kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Terima Kasih.

9 + 13 =