Sewa Khemah Dome

Khemah dome ini adalah khemah koleksi kami yang paling moden, unik, hebat, bergaya dan mengagumkan.

Sewaan Kanopi Kubah Geodesik Malaysia

Khemah dome juga dikenali sebagai khemah kubah, khemah geodesik atau khemah galaksi di Malaysia. Ia mempunyai ruang yang tertutup sepenuhnya dengan kain kanvas, ini membolehkan anda merasai persekitaran yang dikelilingi 360 darjah semasa berada di dalamnya. Khemah dome ini amat sesuai untuk dipadankan dengan pencahayaan yang cantik, menarik dan futuristik. Penyewaan khemah kudah geodesik ini boleh mencipta sesuatu pengalaman pengguna yang sangat luar biasa dan mestilah dapat diingati oleh tetamu-tetamu vip anda yang amat dihargai dalam jangka masa panjang.

Khemah kubah ini dibinakan dengan menyambungkan paip besi (tiub keluli) untuk membentuk rangkanya. Ia akan membentuk bingkai segi tiga yang berbilang untuk menjadi satu struktur keluli ringan dome sebagai sistem sokongan bagi permukaan supaya kanvas ditegangkan dan membentuk sebuah khemah hemisfera geodesik. Reka bentuk ini sangat kuat, ia boleh mengagihkan tegasan ke seluruh struktur, membolehkannya menanggung beban dengan baik dan berdiri dengan stabil. Kerja-kerja pemasangan khemah dome ini memerlukan bantuan dan kegunaan kren mudah alih. Kren mobile digunakan untuk menggantung bingkai besi sambil memasang langkah demi langkah dari bawahnya dan juga untuk mengangkat tudung kanvas sebagai penutup pada akhir sekali.

Sewaan khemah dome kami akan dilengkapi dengan aksesori-aksesori seperti lantai platform, karpet, aircond mudah alih, pintu masuk aluminium atau pintu zip kanvas. Kanopi kubah ini ditutup kanvas dengan sepenuhnya, ia akan kekurangan pengudaraan angin semula jadi. Oleh sebab itu, ia perlu dipasangkan dengan penyaman udara untuk menjadi kanopi aircond bagi keselesaan penggunaannya. Khemah ini kagum dan anggun, sering disediakan bagi acara-acara komersial seperti ekspo, pameran, pelancaran, makan malam tahunan korporat, majlis anugerah, perkahwinan vip, kenduri mewah, pesta, pertunjukan fesyen yang menarik atau sebagai lounge vip dan galeri yang istimewa.

Saiz Khemah Dome (⌀ Diameter): 6m, 10m, 15m, 25m, 30m, 40m
Warna Kanvas Khemah Dome: Putih, Transparent

Khemah geodesik ini juga boleh disambungkan dengan khemah jenis dan saiz yang sama atau berlainan menggunakan sistem terowong. Terowong antara khemah ini membolehkan banyak unit khemah bergabung sekali menjadi satu kelompok ruang acara dalaman yang bersambungan. Ini dapat memudahkan anda berinovasi berbagai variasi ruang majlis bagi memenuhi pelbagai fungsi ataupun untuk membezakan ruang acara mengikut keperluan dan perancangan masing-masing. Jenis kanopi lain yang kami membekalkan adalah khemah arabian, khemah piramid, khemah marquee, khemah halfmoon, khemah modular dan khemah payung parasol.

Anda juga boleh menyewakan perabot-perabot dan peralatan yang sesuai dalam khemah kubah galaksi ini untuk susun atur lounge, menjamu selera atau tempat duduk teater bagi konsert mini, ceramah atau majlis pelancaran. Perabot dan peralatan berkaitan yang sering diperlukan: sofa, ottoman, meja kopi, meja banquet panjang, meja bar, kerusi bar, kerusi berlengan, kerusi chiavari, kerusi banquet, pentas, rostrum, latar backdrop, tiang queue pole atau tirai langsir hiasan.

Hubungi Kami Sekarang! Hantaran Seluruh Semenanjung Malaysia!

Hubungi

Call / Whatsapp 017-591 5100
admin@sewakhemahkanopi.com

Waktu Kerja

Isnin - Jumaat: 9am - 1030pm
Sabtu - Ahad: 10am - 1030pm

Sebut Harga

Staf kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Terima Kasih.

10 + 3 =