Sewa Kerusi Bar

Kerusi Bar juga dikenali sebagai bangku bar stool, kerusi tinggi adalah tempat duduk yang selesa bersama meja bar.

Pembekal Sewaan Kerusi Tinggi Bar Koktel Malaysia

Kerusi Tinggi Bar ini biasa disewa untuk kegunaan sesi koktel sesebuah majlis persendirian, korporat atau komersial. Kami membekalkan pelbagai reka bentuk kerusi koktel untuk kegunaan acara-acara seperti persidangan, ekspo perdagangan, makan malam gala tahunan, majlis perasmian, mesyuarat kasual, pesta, parti koktel, majlis pelancaran, perjumpaan sosial, majlis perkahwinan atau pameran kereta.

Kerusi bar ini sering disewa bersama dengan meja bar klasik atau meja bar LED di pusat konvensyen, hotel, galeri kereta / hartanah / seni, kompleks membeli-belah ataupun di dewan utama lapangan terbang antarabangsa. Biasanya satu unit meja bar akan dipasangkan dengan 2, 3 atau maximum 4 buah kerusi bar. Ia memudahkan tetamu-tetamu anda berbual, ahli-ahli persatuan atau perniagaan bergaul sambil duduk merehat, bersantai dan menikmati makanan atau minuman yang disediakan.

Warna Kerusi Bar: Putih, Hitam
Jenis Kerusi Bar: Moden Rata, Scoop, Sandaran, Kusyen Persegi, Bentuk Z

Kerusi bar juga sesuai disewa untuk aktiviti jualan, ia adalah perabot yang trending dan penting bagi sesuatu ruang gerai booth, gerai pameran atau kaunter jualan yang khas. Manakala untuk sesi perbincangan, kerusi tinggi ini boleh dijadikan susunan tempat duduk yang anggun dan bergaya di atas pentas atau di depan dewan kuliah bagi para artis, guru, mentor, pakar, penemuduga, juruacara atau pengerusi majlis untuk aktiviti-aktiviti yang diadakan seperti ceramah, seminar, bengkel latihan atau temu bual.

Selain itu, kami juga menyewakan perabot dan peralatan yang berkaitan seperti kipas kabus, penyejuk udara, lantai platform, karpet, rostrum, kerusi banquet, kerusi chiavari dan meja bufet untuk menghidangkan makanan yang lazat.

Hubungi Kami Sekarang! Hantaran Seluruh Semenanjung Malaysia!

Hubungi

Call / Whatsapp 017-591 5100
admin@sewakhemahkanopi.com

Waktu Kerja

Isnin - Jumaat: 9am - 1030pm
Sabtu - Ahad: 10am - 1030pm

Sebut Harga

Staf kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Terima Kasih.

1 + 1 =