Sewa Kipas Industri

Kipas industri yang profesional dan berkualiti tinggi, stok tersedia untuk sewaan jumlah kecil atau kuantiti banyak.

Sewaan Kipas Angin Berdiri Malaysia

Kipas industri berdiri adalah antara peranti pengudaraan yang paling banyak disewa, harganya amat berpatutan. Kipas berdiri kami diperbuat daripada keluli dan motor elektrik gred yang baik, ia dibina khusus untuk penggunaan tugas berat, sangat sesuai untuk industri penyewaan dan industri acara. Ia stabil dan tahan lasak, boleh bekerja dengan intensiti yang tinggi. Kipas angin industri adalah peralatan pengudaraan kami yang paling kerap digunakan di lembah Klang, KL, PJ, Penang dan seluruh Malaysia.

Kipas industri dapat menghasilkan angin yang lebih kencang, kuat dan besar berbanding dengan kipas berdiri yang biasa di rumah. Kipas berdiri industri kami ringan dan mudah alih untuk disewa bagi acara luar, karnival, pesta makanan, fun fair, aktiviti amal, perhimpunan keagamaan, majlis pelancaran project rumah mampu milik, ceramah politik, pilihan raya umum, pusat pemberian vaksinasi (ppv), hospital, sekolah, auditorium kolej atau gudang kilang. Ia sesuai untuk pelbagai penggunaan, dari acara persendirian kecil hingga ke majlis sambutan perayaan berskala besar atau mana-mana acara peribadi, korporat, komersial, sektor awam, pendidikan dan perindustrian, tidak kira disewa sementara atau masa jangka panjang.

Biasanya sewaan sesebuah khemah akan dipasang dengan kipas siling, kipas dinding atau kipas auto. Manakala, pada sesetengah kali kipas dinyatakan tidak dapat dipasang apabila khemah dihiasi dengan lampu (chandelier / fairy light) dan kain hiasan siling (underlay). Jadi, kipas angin berdiri akan disewa sebagai kipas kenduri yang alternatif bagi khemah sewaan tersebut. Kipas angin industri kami unit tunggal berdiri bebas, tidak perlu diikat di dinding, tiang atau di siling khemah.

Ia juga boleh digunakan sebagai kipas tambahan di kawasan porch kereta kediaman dan dewan serbaguna untuk pelbagai kenduri dan majlis perkahwinan. Ia biasa disediakan untuk keselesaan tetamu dengan mengedarkan angin dan pergerakan udara di tepi meja makan bulat, meja banquet, atau disusun atur di dua belah tempat duduk kerusi plastik susunan teater. Selain itu, kipas industri kami juga boleh dijadikan penyelesaian pengudaraan sementara yang amat ekonomi semasa sistem HVAC sesuatu tempat sedang dibaiki atau dalam penyelenggaraan.

Harga sewa kipas industri adalah antara yang paling murah dalam koleksi sistem pengudaraan kami. Jika anda mempunyai kekangan bajet yang terhad bagi acara yang akan diadakan, seringnya berlaku apabila harga air cooler atau aircond melebihi had belanjawan dan perancangan anda, kipas industri adalah pilihan penggantian yang terbaik, kerana ia mempunyai kos menyewa yang lebih rendah, mestinya memberi nilai yang berbaloi.

Kipas berdiri industri adalah jenis peranti pengudaraan yang paling asas dalam koleksi kami, anda juga boleh menaik taraf kepada mana-mana peranti yang berikut untuk kesesuaian penggunaan anda: penyejuk udara (air cooler), penghawa dingin (aircond), kipas kabus, kipas ekzos dan kipas pengudaraan (peniup penghembus udara / air blower).

Hubungi Kami Sekarang! Hantaran Seluruh Semenanjung Malaysia!

Hubungi

Call / Whatsapp 017-591 5100
admin@sewakhemahkanopi.com

Waktu Kerja

Isnin - Jumaat: 9am - 1030pm
Sabtu - Ahad: 10am - 1030pm

Sebut Harga

Staf kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Terima Kasih.

8 + 15 =