Sewa Sofa VIP

Sewa sofa yang moden lagi formal sebagai tempat duduk tetamu VIP untuk majlis rasmi atau acara-acara penting.

Sewaan Set Sofa Bench Berkusyen Malaysia

Set sofa kami adalah berbentuk bangku bench yang mempunyai kusyen sofa yang empuk bersama dengan tempat bersandar belakang dan lengan sebelah yang selesa untuk rehatkan tangan anda. Dimensi kerusi sofa ini lebih lebar dan luas berbanding dengan kerusi-kerusi jenis yang lain. Sofa berkusyen ini adalah perabot majlis yang eksklusif, ia amat sesuai disediakan untuk VIP-VIP seperti: tetamu yang dihargai, pengurus, CEO atau pengarah syarikat, dato’ datin, ahli-ahli parlimen, menteri kabinet, menteri besar dan perdana menteri yang dihormati.

Sofa ini kerusi rehat yang sangat selesa apabila duduk, sewaan sofa biasa disediakan di ruang tetamu, bilik menunggu atau ruang lounge sesebuah acara untuk tetamu-tetamu berehat dan bersantai pada masa menunggu. Reka bentuk stok sofa kami kemas dan cantik, ia juga sesuai dijadikan susunan tempat duduk majlis yang mewah di barisan hadapan pertama atau di atas pentas bagi pengerusi majlis, penemuduga, artis, penceramah atau para tetamu vip jemputan untuk sesebuah majlis perasmian.

Jenis: Sofa Single 1 Seater, Sofa 2 Seater, Sofa 3 Seater
Warna Sofa: Putih, Hitam
Bahan Buatan: Kulit PU

Sofa VIP acara kami sesuai digunakan untuk tetapan tempat duduk teater bagi mana-mana acara rasmi, ceramah politik pilihan raya, persidangan, majlis pelancaran projek atau program kerajaan, majlis anugerah, malam kebudayaan, majlis tamat pengajian (konvokesyen universiti, maktab, kolej) atau mesyuarat agung yang selalunya diadakan di pusat konvensyen, dewan serbaguna, auditorium, kondominium, lobi hotel, lounge galeri, ruang istirahat vip, galeri jualan, pusat servis, pejabat-pejabat korporat atau komersial.

Sewaan meja kopi sisi yang anggun bersama set sofa kami adalah padanan yang sempurna dari segi fungsi dan juga keindahan. Selain sofa untuk vip, kami juga menyewakan perabot yang berkaitan seperti kerusi plastik, kerusi banquet, kerusi chiavari, lantai platform, karpet, pentas, latar belakang dan rostrum.

Hubungi Kami Sekarang! Hantaran Seluruh Semenanjung Malaysia!

Hubungi

Call / Whatsapp 017-591 5100
admin@sewakhemahkanopi.com

Waktu Kerja

Isnin - Jumaat: 9am - 1030pm
Sabtu - Ahad: 10am - 1030pm

Sebut Harga

Staf kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Terima Kasih.

8 + 1 =