Sewa Khemah 10×20

Khemah 10×20 disewa untuk kegunaan peribadi, acara korporat, perindustrian atau sebagai gerai jualan pesta.

Sewaan Kanopi 10×20 Kaki Malaysia

Kanopi 10×20 ini segi empat tepat, 10 kaki panjang 20 kaki lebar. Bentuknya amat cantik untuk dijadikan gerai-gerai acara komersial seperti bazar dan pameran di tepi jalan raya, laluan pejalan kaki, astaka, plaza ataupun di sesuatu dataran. Khemah bersaiz 10×20 ini juga sering disewa untuk kediaman-kediaman rumah teres atau rumah berkembar (semi-d) yang mana ruang kosong kompaun rumah lebih terhad ataupun untuk acara-acara marathon sebagai khemah tapak pertolongan cemas. Faedah khemah ini adalah ia lebih pendek (boleh dipasang 10 kaki dari bahu jalan), ini memberi kemudahan dan usaha terbaik supaya tidak mengganggu penggunaan biasa jalan raya.

Saiz khemah 10’×20’ adalah 200 kaki persegi, kawasan perlindungannya adalah 2 kali ganda saiz khemah 10×10 dan separuh sahaja saiz khemah 20×20. Dengan ringkasnya, sebuah kanopi 10×20 sama dengan saiz 2 unit khemah 10×10 manakala 2 unit khemah 10×20 boleh disambungkan menjadi saiz 20 kaki × 20 kaki. Harga sewa khemah 10×20 adalah sama dengan khemah 20×20, ini disebabkan saiz khemah dan kanvas ini adalah dibuat khas, kos pembuatan dan juga kos tetap pemasangannya adalah lebih kurang sama.

Sebuah khemah 10×20 biasanya dicadangkan untuk memuatkan 3 set meja banquet panjang 6 kaki untuk kegunaan gerai jualan atau 2 set meja bulat untuk menjamu selera. Anda juga boleh menyewa dengan set meja petak untuk pameran atau meja koktel untuk makanan jari. Set-set meja ini juga boleh termasuk kerusi jenis pilihan anda seperti: kerusi plastik, kerusi banquet, kerusi chiavari, bangku bar dan lain-lain.

Jenis Khemah Bersaiz 10×20: Khemah Arabian Sahaja

Warna Kanvas Khemah 10×20: Putih, Merah-Putih, Transparent

Hubungi Kami Sekarang! Hantaran Seluruh Semenanjung Malaysia!

Hubungi

Call / Whatsapp 017-591 5100
admin@sewakhemahkanopi.com

Waktu Kerja

Isnin - Jumaat: 9am - 1030pm
Sabtu - Ahad: 10am - 1030pm

Sebut Harga

Staf kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Terima Kasih.

5 + 6 =